Mendidik semangat Waraqah di era jahiliah ke-2

Subhanallah.

Setelah melihat dan membaca susur perjalanan sirah kekasih Allah Nabi Muhammad maka terpancar kerinduan pada penghulu Nabi itu . Mungkin ya ini petunjuk dari Allah ada sedikit iman dan cahaya sebagai umat Muhammad Bin Abdullah bin abu Mutablib. Tapi seakan kerisauan hati kerdil ini adakah esok di hari kiamat kita berada di bawah naungan panji Islam atau di bawah panji yang di laknat Allah . Nauzubillah.

Tertarik saya membawa kita kepada semangat Warakah Ibu Nawfal . Manusia yang di hidup dicelah-celah jahiliah tapi hati nya sentiasa mencari jalan lurus Allah. Di zaman amalan nenek moyang di jadikan ikutan dan agama yang di telah di tokok tambah sehingga amalan ritual di jadikan amalan yang tidak bertunjangkan ajaran langit bawaan ibrahim as.doa

Kenapa warakah? Kerana dia mecari Allah dalam hidupnya. Dan harus nya kita bersikap seperti warakah. Ini adalah zaman jahiliah ke 2 . Zaman yang lebih hitam dari zaman kegelapan beribu-ribu tahun lampau.

Kita wajar mencari ilmu Allah. Al-Quran sudah ada di tangan kita dan Allah masih memelihara kitab nya dan ayat-ayat nya maka wajarlah kita mencari ilmu nya untuk mencari ajaran Nabi. Ye,kita sudah ada ulama dan kitab agama peninggalan ahli agama ulung .

Tapi kita masih bertuhan kan adab resam. Agama menjadi perkara furu dan adab resam di jadikan induk untuk hidupan kita. Adakah ini wajar?

Penolakan Agama dalam hidupan luar sehingga agama perlu di asingkan. Agama harus berkisar di madrasah dan masjid sahaja sehingga pemikiran kita berkarat lumat. Tidak dapat membedakan yang mana ajaran Nabi atau ajaran nenek moyang melayu.

Adakah melayu itu maksum?

Maksum dari segi apa? atau adakah Melayu itu bangsa keramat? Jika Nabi saw pernah mengatakan La Qablum-tak berguna pada bangsa nya sendiri maka kenapa tidak kita meletakkan bangsa hanya medium untuk mencari rahsia Allah. Kita terlalu mengagungkan bangsa Melayu sehingga bangsa lain di jadikan bangsa bawahan. Kita hina mereka dengan percakapan,kita amalkan pemerintahan tidak adil pada bangsa lain. Adakah ini bersifat kemanusiaan?

Tidak ada satu negara milik satu-satu kaum! Sedangkan Nabi saw menjadikan Madinah dan Mekah adalah tanah suci untuk orang ISLAM. Tidak kaum arab sahaja tapi kaum farsi menjadi penghuni dan di muliakan Allah dan Nabi saw.

Kita masih terikut rendah lama. Zaman harus berubah. Tiada lagi politik bangsa dan tiada lagi rumah Allah untuk satu-satu kaum sahaja. Minda Melayu terlalu sempit sehingga tidak ada bangsa lain dalam kamus kehidupan melayu. Minda Melayu di ukur pada ketinggian songkok nya. Ya,itulah ketinggian orang melayu.

Saya terlalu benci pada adab resam dan saya terlalu jijik dengan penghinaan ISLAM. Terlalu sedih pabila melayu terasa dialah bangsa Tuhan. Ingat,bangsa Yahudi terlalu banggakan bangsa nya sahaja sehingga tiada bangsa lain harus di angkat tinggi malahan Nabi Muhammad menjadi buruan nya untuk di bunuh kerana kelahiran Nabi akhir zaman bukan dari kalangan mereka.

InsyaAllah masa terlalu singkat untuk kita . Kembali kita pada ajaran Allah dan ambil masa untuk menangis kerana kalimah toiyibah masih di perkuda oleh si pemerintah. Kita memilih mereka untuk mengangkat dustur Allah tapi mereka mengangkat dustur duniawi.

InsyaAllah hasil semangat waraqah ,kita berusaha mencari dan mencari. Mencari rahsia Allah dan menegur kesilapan. Jangan biarkan penyembahan makhluk kerana di sisi Allah tiada sukutu dan Muhammad adalah pesuruh Nya.

Manusia akhir zaman terlalu mengagungkan makhluk. Mungkin secara sedar atau tidak . Percayalah,di zaman jahiliah peyembahan berhala nampak tapi hari ini berhalan berbentuk makhluk. Sembah untuk dapat kan projek berjuta-juta. Sembah bahan kerja untuk mendapatkan gaji lumayan dan pangkat sedangkan dunia ini milik Allah dan segala mak-nika kekayaan dan rezeki adalah milik Allah swt. Hanya dia berhak kita sembah.

Sedikit kesilapan akan membawa kita terus kufur pada Allah dan nikmat Nya.

Kembali pada Islam dan berjuanglah dengan penuh hikmah. Allah punyai pintu pertolongan dan harus kita ketuk untuk Allah swt buka. Tapi jalan untuk ke pintu itu cukup rahsia ,hanya manusia pimpinan Allah dan hati yang tulus benar pada Allah akan menemui jalan suci itu.

InsyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: