Wanita dan lelaki soleh atau toleh?

Kaum muslimah (wanita) adalah kaum yang cukup indah ciptaan nya. Allah menjadikan ia sebagai hiasan bagi orang-orang mukmin di atas dunia dan peneman setia dalam hidupan dunia dan akhirat yang kekal abadi.

wanita di cipta dari tulang rusuk si adam dan menjadikan pendamping di sisi kaum lelaki. Tapi di sebalik keindahan nya bukan barang ringan untuk menjaga hiasan itu.

Asal nya harga cukup mahal . Menjadi galang tugas kaum lelaki mencorakkan harga diri kaum muslimah itu. Bicara soal harga bukan di ukur dengan angka wang ringgit tapi ia wajar diukur dengan ukuran iman dan ilmu agama nya.

Dengan ilmu agamalah seorang wanita itu menjadi wanita idaman para hati-hati yang soleh. InsyaAllah. Tetapi yang mencorakkan keimanan wanita itu bukan dirinya sendiri sahaja tapi lelaki yang bertanggung jawap besar sama-ada menjadikan ia wanita berukir islam atau wanita yang rosak hasil didikan manusia semata-mata.awekumcc

Luar sana berapa ramai kaum wanita rosak akibat diri nya dan tangan-tangan lelaki yang kurang budiman. Diri wanita bertukar-tukar lelaki dan berkawan dengan lelaki tanpa batas gaul mengakibatkan harga diri nya pada pandangan lelaki yang budiman cukup rendah . Wanita itu harus di corak dengan corak islam,tapi syarat corak islam bukan hanya dengan memakai tudung labuh,hijab dan tunduk hati di khayalak tapi ia harus di penuhi ilmu-ilmu agama untuk menjadikan diri nya wanita yang soleh.

Nabi saw pernah bersabda

Wanita itu di kahwini kerana empat sebab iaitu kerana hartanya, kecantikannya ,keturunannya dan kerana agamanya maka pilihlah wanita yang beragama kerana pasti kamu akan berbahagia”

Keindahan wanita itu sudah songsang ukuran nya sekarang. Wanita yang berpakaian nampak susuk badan menjadi idaman lelaki dan menjadi penuntut nafsu-nafsu lelaki. Kebiadapan wanita itu harus di persalahkan dan ketidakwarasan lelaki menajdi dunia ini penuh dengan dosa maksiat.

Untuk mendapat wanita yang soleh sukar tapi percayalah selagi ada lelaki soleh maka akan wujud wanita yang solehah. Dunia ini milik Allah dan Allah itu Maha Adil. Wahai wanita dan lelaki soleh,usah di kuatiri akan jodoh mu kerana ia milik Allah dan corakkan dirimu untuk Allah dahulu baru corakkan dirimu untuk pasanganmu.

Hidup kita untuk Allah. Allah yang harus kita perlihatkan dan jadikan Allah kekasih utama kita. Kebahagiaan itu akan hadir hasil diri yang kuat memperingatkan agama Allah dan menjadi iman diri dan orang sekeliling. Syurga itu bukan milik kita seorang sahaja tapi milik orang sekeliling yang kita. Jika perwatakan nya “toleh” maka kita wajar berdoa untuk nya kerana tanpa tanggungjawab kita pintu syurga Allah akan tertutup rapat untuk tubuh badan kita.

Wahai wanita,jadilah wanita seperti khadijah. Di waktu nabi di persenda maka dia lah yang memeluk Nabi dan membela Nabi. Di saat semua manusia tidak percayakan Nabi maka dialah yang menjadi insan pertama memberi kepercayaan pada rasullullah sehingga akhir hayatnya.

Subhanallah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: