UMNO dan kisah Bung Karno

Apabila saya membaca tulisan bactiar djamily yang di tulis pada tahun 1976,di mana beliau menyatakan Bung Karno adalah manusia yang pantang di kritik menjadikan saya teringat kisah yang masih berputar-putar di malaya.

Sukarno memang seorang nasionalis dan seorang demokrat. Beliau mungkin boleh di jadikan pemimpin politik hebat dan seorang penulis yang tajam dan hebat. Tapi di  sebalik kehebatan nya ada kelemahan yang tersepit di celah kelangkang kekuatan nya. Manusia ini sukar di kritik dan tidak suka di kritik dan kerana sikap beliau menjadikan dia manusia yang di ampu ,senang di jilat dan pantang di puji.

Penafian kebangkitan rakyat menjadikan UMNO  dan BN gelabah sehingga rumah tangga PR di gangu gugat

Penafian kebangkitan rakyat menjadikan UMNO dan BN gelabah sehingga rumah tangga PR di gangu gugat

Kisah nya sama dengan satu parti yang sudah uzur di malaysia. UMNO mungkin lupa untuk belajar sejarah. Sebagai seorang pemuda Islam,saya tidak memandang UMNO sebagai parti yang kuat. Kekuatan UMNO pada keris nya,di tusuk ke dalam perut sesiapa yang melawan arus UMNO sehingga UMNO menjadi kuat dan megah. Ia,memang UMNO kuat tapi kekuatan dengan kuasa bantuan lain. Politik wang,bantuan jentera kerajaan pusat dan penggunaan hak awam untuk kepentingan UMNO. Parti sudah di jadikan kerajaan selama-lamanya. Ini ketidak wajaran dalam pentadbiran.

Pemimpin dan ahli UMNO perlu sedar dari tidur dan mimpi yang membutakan akal. Rakyat yang menyokong UMNO juga di ibarat sepeti ayam yang di tabur dedak. Kemana UMNO mahu pacu negera? Pemimpin yang tidak konsisten dasar nya dan lemah sistem pentadbiran nya menjadikan negara memiliki maruah yang hina di mata pelabur luar.

Di kelantan UMNO menjadi jaguh ,menyekat peruntukan dan memkayakan sesetengah dari mereka. Ini hak rakyat bukan hak mereka. UMNO harus melihat kebenaran di hadapan. Kekuatan hari ini tapi esok masih belum pasti.

Dalam soal membela islam belum tentu dari UMNO. Seakan ceritera sama degan kisah pemimpim PKI sukarno. Kebencian sukarno meluak-luak pada pemimpin islam sehingga pemimpin-pemimpin islam di tindas untuk melemahkan pergerakan islam indonesia.

Ke angkuhan manusia tidak lama di atas dunia kerana hebat macam mana pun manusia ,Allah lebih dari yang lebih.

Liga Demokrasi di indonesia yang menggabungkan kekuatan ISLAM, Nasionalis ,kekuatan agama kristian , keberanian wartawan menjadi pengkritik hebat kepimpinan sukarno yang angguh. Hasil nya lihatlah sejarah.

Sama al kisah dengan penubuhan pakatan rakyat. Hasil kekuatan gerakan ISLAM PAS, keberanian ahli domokrat dan pencinta keadilan menjadi gerudi yang bakal menghancurkan kekuatan UMNO yang angguh. Pilihanraya kecil demi pilihanraya mejadi  tanda UMNO sudah lemah seperti harimau yang sudah hilang taring .

Kukatan manusia tidak akan kekal lama. Parti ba’ih di Iraq pimpinan Saddam Hussein dulu nya kuat tapi kekuatan itu hanya sementara.

UMNO dahulu kuat mengkritik pas tapi kini mereka seperti suami yang gila talak. UMNO harus bangun dari tidur untuk membela agama dan rakyat. BUkan membela periuk nasi mereka sendiri.

Zaman ini adalah zaman orang kampung sudah tahu internet. Zaman tok penghulu yang aktif dalam facebook dan zaman tok iman yang tahu membaca blog. Pemimpin mungkin boleh menipu tapi orang melayu yang cerdik akan menolak mentah-mentah kempen UMNO.

Negara sudah merdeka . Dulu mungkin orang melayu perlukan gagasan UMNO untuk bersatu. Tapi kita sudah berdiri dan merdeka,bebas dari belenggu penjajah. Harus kita letakkan UMNO di musium antik untuk simpan sebagai parti yang banyak berjasa di masa lampau. Tapi kini minda sudah menjangkau 10tahun ke hadapan. Percayalah,macam mana pun kita perlukan parti yang baru.

Undang-undang menjadi seperti gelanggang utama UMNO manhancurkan musuh merka ,soal ekonomi menjadi kan UMNO berlagak dan terus berlagak. ISA menjadi nadi menghancurkan musuh-musuh parti. Ini petunjuk kita punyai pemimpin yang zalim.

Rasullullah saw pernah bersabda

takutlah kamu daripada melakukan perbuatan zalim kerana sesungguhnya perbuatan tersebut membawa kebinasaan kepada orang-orang sebelum kamu, mereka sanggup melakukan pertumpahan darah sesama sendiri dan menghalalkan yang haram” – riwayat Muslim

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: