Kenapa kerajaan perlu lengahkan istihar darurat?

Buat masa ini ajal hasil jangkitan H1N1 seramai 62 orang. Peningkatan yang tinggi dalam masa singkat.

Tapi kerajaan masih berlengah dan terus berlengah. Untuk apa ada menteri kesihatan?

Nyawa rakyat atau ekonomi harus di utamakan? Nyawa rakyat tidak dapat di ganti tapi kejatuhan ekonomi bisa di jana kembali kerana kerajaan punyai ahli bijak pandai dan menteri-menteri yang tinggi tahap pendidikan mereka.minister-for-health

Kerajaan kita terlalu lemah dari segi amalan pentadbiran. Rakyat di kampong mungkin boleh berlengah,bersedia dan mengagukan kepala mereka tanda setuju tapi rakyat-rakyat yang ada di Bandar-bandar besar mungkin kurang sabar. Kurang sabar kerana pemahaman tentang virus perosak badan manusia ini cukup merbahaya.

Tan Sri Muhidin Yasin terlalu banyak berdolak dalik dalam isu H1N1 tapi bila di Tanya soal politik dan pilihanraya kecil permatang pasir seakan beliau mendapat aura semangat untuk bertindak dan berhujah.


Pemimpin di pilih bukan untuk berbicara soal politik semata-mata tapi untuk mentadbir organisasi Negara. Menjana ekonomi bersih dan membela kebajikan rakyat. Jika politik dan periuk nasi mereka sahaja di jaga maka ini adalah pemimpin “barua” dan harus di jatuhkan .

Sebab itulah Abul Islami pernah berkata

Yang paling di sepakati oleh manusia ialah di puji hatinya dan di penuhi nafsunya”

Manusia yang menunggu diri dan hati nya di puji adalah manusia yang paling keji. Berbicara soal projek besar dan untung beribu-ribu dan menunggu kawan bercakap tentang kehebatan nya sahaja maka inilah di sebut oleh abul islami di atas. Keji manusia kerana terlalu mengikut nafsu dan hina manusia kerana terlalu memuji sesama manusia sehingga merosakkan sesama mereka.

Politik dalam islam adalah furu . Cabang dan rangkaian sahaja,tapi apabila si manusia menjadikan politik sebagai tuhan maka bersiap lah untuk menunggu kemusnahan. Apabila si daie melebihkan soal politik dari membaiki akhlaq dan mencari iman yang tinggi maka tunggu kelemahan dalam perjuangan nya.

Berbalik soal penyakit H1N1,insyaAllah kita doa supaya musibah berbentuk penyakit ini akan di peredakan . Supaya kita kembali kepada Islam dan supaya manusia berfikir siapa yang mencipta penyakit dan siapa pula yang meyembuhkan nya.

Mungkin kita melupakan Allah seketika tapi macam mana pun kehadiran penyakit itu Allah jua maha penyembuh. Dunia sudah mendapat vaksin H1N1 mungkin ia benar,tapi bagi saya sebagai manusia walaupun kita punyai vaksin ini dunia semakin hari semakin bertambah jumlah kematian. Kenapa?

Jika dulu kita hebat berbicara soal polis Malaysia adalah polis paling cekap dalam dunia tapi kenapa kehilangan adik syarlini sehingga hari ini pihak polis tidak menyumpai nya? Ini persoalan. Kita harus berpijak di bumi yang nyata bahawa kita perlukan Allah.22059594325257l

Prof Reanan deupon ,Dr Alexis carel dan banyak lagi ahli fikir barat mengolah tulisan yang lebih cenderung pada agama. Kini manusia tanpa agama akan hancur dan dunia tanpa agama akan jadi seperti sekarang. Wabak penyakit luaran dan dalam menjadi seakan serius dan tiada ubat yang lebih mujarab dari ubat kembali pada Maha Pencipta.

Jika kemarin kita silap memilih pemimpin maka esok masih ada untuk kita baiki. Kita harus jana Negara menjadi Negara yang hebat . Hebat dari segi ketamadunan dan kecantikan amalan.

Dulu orang bukan islam lebih berbangga dengan susunan kitab berbahasa arab di rumah mereka kerana mereka merasa keindahan dan kesegaran berada dalam tamadun islam yang adil dan pemimpin yang takutkan Allah. Tapi kini kita lebih banggakan orientalis,bangga sehingga jadikan kita manusia yang berambut perang bertudung nasrani. Kita lebih berbangga punyai harta dan harta itu menjadi barang hiasan untuk di puji dan di julang.

Ingatlah,Iman Al Ghazali pernah berkata

Ketahuilah,bahawa harta itu seperti ular. Padanya ada racun dan padanya jua ada nya ubat. Faedah nya itu ubatnya bahaya nya itu adalah racunnya.

Dan wahai pemimpin,renunglah kata-kata umar ibn aziz

Aku bimbang bahawa aku melaksanakan kebenaran kepada manusia secara total… menyebabkan rakyat menolaknya secara total”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: