Perjuangan biar berakal

Termenung saya sekejap apabila melihat dan berbincang dengan rakan-rakan tentang mehnah ujian dalam berjuang. Tapi sedikit tersentuh hati ini apabila berbicara dan sikap orang melayu yang meletakkan Melayu pada tahap paling tinggi dari ISLAM . Kehidupan melayu terlalu mengikut dari memikir. Sedangkan Allah telah berfirman

“Al-Islam Yaklu wala yukla a’laik- islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi dari nya.

Sayangnya melayu meletakkan bangsa lebih utama. Ya,mereka solat dan bersedekah. Mengelurkan zakat tapi adakah solat,zakat adalah jalan pintas dari menegakkan dan membela dustur ilahi? Mungkin apabila isu universiti untuk kaum bukan melayu,maka ramai lah melenting. Isu DEB maka ramailah juga merah padam kerana marah . Sedar kah mereka soal ekonomi DEB tidak pernah di rasai oleh Melayu-melayu kampung dan hanya melayu koperat sahaja merasai udara DEB ini. Tapi kempen DEB abis-abis di bela oleh orang melayu kampung. Ini lah kelembapan minda anak melayu walaupun mereka belajar di universiti.

Saya ada seorang kenalan yang belajar di luar negara. Dia di ajar oleh pensyarah supaya menilai apa yang di ajar oleh pensyarah bukan menelan bulat-bulat. Tapi sebaliknya di malaysia. Mahasiswa mengagungkan ilmu pensyarah mereka dan teori dangkal menjadi tuhan tapi hakikat sebenar sebaliknya. Tidak semua ahli akedemia tidak betul.

Nabi saw sendiri bersusah payah dan berkorban darah untuk nama ISLAM dan panji ISLAM di tegakkan. Bukan sahaja nama tapi dustur Allah harus menjadi pengutamaan dari yang lain. Islam cukup cantik tapi sayang nya manusia itu hanya tahu islam dari purdah dan jubah,lebih tahu islam dari mengaji dan bersolat sunat dan jua lebih merasai islam apabila memakai tudung labuh dan berserban lilit penuh di kepala. Sedangkan perkara enteng di jadikan wajib dan perkara wajib di jadikan enteng. Subhanallah.

Mungkin kita tidak diasuh dari kecil sayangkan Islam. Melayu menjadi keutamaan dari segala-galanya. kita perlu melihat semangan sahabat dan perlu mula menelaah dan mengkaji sirah-sirah nabi. mulakan dari sekarang kerana pintu syurga bukan untuk manusia yang berlengah-lengah.

Paling menyedihkan,anak melayu yang belajar ilmu agama di seberang laut apabila balik ke tanah air makan gaji dan berkempen  untuk kerajaan. Berbicara soal polisi yang salah untuk di benarkan,memenangkan parti politik dan korbankan ilmu agama yang di pelajari . Ini yang di panggil ulama su’. Tidak kira dia seorang alim atau tidak tapi ilmu agama ada padanya menjadi tiket dia mencipta keburukan dan kebaikan dari kedajalan. Ulama su’ tidak lebih hanya neraka tempat nya.

Raudhah Islami pernah berkata ” Bila usaha seseorang untuk perutnya maka harga hidupnya sama seperti apa yang di keluarkan dari perutnya itu”

Perjuangan islam harus di teruskan tapi berhati-hati dengan ikutan. Hanya kalam Allah dan sunnahtul rasullulah menjadi keutamaan selain penetapan ijma ulama sebagai kalis panduan.

Kita sebagai khalifah Allah yang di cipta semata-mata untuk makmurkan bumi Allah dengan haruman pemerintahan islam. Kita perlu sedar Allah akan meniupkan semangat cinta kan islam dalam hati jika kita kenal tentang titik perjuangan untuk syahid di jalan Allah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: