Hilangkan dirimu dari pandangan dunia

Hidup manusia diumpamakan sebagai suatu perjalanan (safar),
dan pencari Tuhan sebagai sang pejalan ruhani (salik)”

Dunia membuat kita lupa siapa diri kita di alam ini. Mungkin sedikit cinta pada duniawi membuat hati yang di cipta ini akan terus keras dengan cinta fana. Cinta yang jauh dari cinta pada Allah swt.

Hidup yang bersulam suka dan duka adalah ubat kepada manusia yang kenal rahsia-rahsia Allah. Ubat itu harus berkisar dengan keikhlasan kerana berapa banyak manusia di luar sana tidak ramai yang tahu ilmu ikhlas. Kata Ustaz Ismail Kamus ,ikhlas itu adalah rahsia-rahsia yang di simpan oleh Allah swt. Kesilapan,dosa dan kesedihan adalah peringkat ujian dari Allah ke atas makhluk pilihanya. Baki lagi,harus itu kita olah kepada jalan baik atau jalan buntu. Tanpa ISLAM dan ALLAH akan menemui jalan buntu tapi dengan ALLAH dan ISLAM,kita akan menemui jalan kesempurnaan kerana kehidupan ini milik ALLAH swt. Arabic7

Kembali kita pada jalan Allah dan istiqomah dalam mencari zat-zat Allah kerana di dalam perjalanan itu akan di kurniakan rahsia yang sukar di jumpai oleh manusia-manusia lain. Itu adalah antara kita dan Allah. Tapi syarat nya adalah sabar.Sabar itu perit dan pahit tapi hasil nya manis buahnya.

Islam adalah  agama yang memberi kita kesempurnaan walaupun kita meninggalkan kesenangan duniawi dan kecantikan halus permaidani dunia. Dunia yang di pijak adalah milik Allah maka tidak menjadi asbab untuk kita tinggalkan rupa dunia secara total tapi kita perlu  berhati-hati dalam langkah kita. Kerana dunia penuh dengan tipu dan daya sama-ada dari ahli dunia atau musuh Allah berupa jin dan syaitan .

Ahli dunia mungkin menghina kita dan memandang kita sebagai hamba yang kerdil . Kita di perlekehkan tapi percayalah cinta dari ALLAH meresap masuk sehingga kita melihat kematian di sisi kita dan keberanian untuk mati adalah minuman harian untuk kita. Subhanallah.

Tinggalkan dunia dan ahli nya melalui hati kerana cinta pada dunia akan membuat hati kita bernanah busuk.  Untuk tinggalakan dunia sepenuhnya tidak boleh kerana dunia ini adalah makhluk ALLAH tapi ia adalah istidraj-umpan ,sama ada kita pandai polah ke arah kecantikan akhirat atau kita menerkam  dunia untuk menempah permaidani kehinaan neraka.

Bersedialah dengan senyuman apabila esok kematian akan tiba. Ya Allah,engkau tuhan ku. Ampunilah dosa-dosa ku . Tiada tempat untuk ku mengadu,riba mu,zat mu tempat daku peluk dan cium. Rindu ku mengatasi nyawa ku. Tuhan,aku di hina di dunia tanpa darjat mulia di sisi mu tapi aku redo kerana dunia adalah jalan sementaraku. Ahli dunia bukan sahabat pembela ku. Aku boleh bersenyum mesra tapi hanya pada Mu Ya Allah tempat ku mengadu harap.

Jika esok hari Nya,maka ampunilah dosaku. Aku ingin mencipta kebahagiaan,tapi sukar untuk ku korbankan. Ya ALLAH,jika jasad ku memberatkan perjuangan agama mu..Engkau matikan aku secepat mungkin. Jika diri ini memudaratkan hamba-hamba Mu,engkau tempatkan aku di sisiMu.

ya Allah,aku telah melihat rahsia MU. Indah nya Ya ALLAH. Ya RABBI…..jangan engkau tempatkan ku di celah-celah kaum munafiq. Aku benci Ya ALLAH. Biar aku tinggalkan kalam kerdil ini untuk mereka tatap dan kembali kepada MU. Aku tidak mahu mereka menangis kerana ketiadaan ku tapi aku mahu mereka menangis kerana menghampiri neraka Mu.

Ampunkan dosaku Ya Rabbi…….


One response to this post.

  1. Posted by Aykay on August 11, 2009 at 7:11 am

    Salam.
    tk ya akhi, tulisan menarik buat bacaan

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: