ARAK SELANGOR ,UMNO perlu cermin diri

Isu arak menjadi satu isu baru yang di palu oleh kaum-kaum UMNO terutama UMNO Pusat kerana mahukan rakyat jelata lihat PAS selangor tidak ada maruah dan pengecut tentang isu arak. Serangan ini berupa serangan politik untuk melemahkan pentadbiran PR Selangor sehingga nadi Pusat Negara ini akan di ambil semula pemerintahan nya oleh BN dan UMNO. Serangan bentuk politik tapi nampak seakan pembela agama.

Bagi saya jelas, isu arak ini sejak zaman pemerintahan UMNO lagi tidak ada sedikit pun perubahan malahan undang-undang arak semasa zaman UMNO hanya isu kecil,mereka yang memulakan dan PAS yang berjuang untuk di malapkan kekuasaan arak ini. Tapi sebaliknya apabila pakatan rakyat memerintah,PAS berusaha untuk menghadkan jualan arak di peringkat umum rupa-rupa ada yang kurang senang hati. Yang kurang senang ialah UMNO ,mereka katakan pada Umum bahawa dia lah pencipta ISLAM dan bencikan mungkar. Tapi arak ini di luluskan oleh pemerintahan mana? Rakyat tahu mana sepah dan mana intan.DSCF0009

UMNO kembali menyibuk dan menyifatkan dialah ustaz dalam isu arak ini. Menuduh pas sebagai parti boneka. Jika PAS ini parti boneka pasti PAS tidak akan bersuara walaupun isu sensetif di peringkat pakatan.

PAS harus berjuang untuk ini kerana kemenangan PAS bukan untuk mentadbir dan bertahta sahaja tapi memulakan konsep ISLAM supaya ISLAM di terima pakai oleh seluruh rakyat jelatan. Kesempurnaan ISLAM harus di perserlahkan oleh kita demi keredoaan ALLAH .

Dalam Surah An-Nisa ayat 140

Sungguh Allah telah menurunkan kepadamu dalam al-Ouran, bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah ditentangnya dan diejeknya. Oleh karena itu jangan kamu duduk bersama mereka, sehingga mereka itu tenggelam dalam cakapan lain, sebab sesungguhnya kamu kalau demikian keadaannya adalah sama dengan mereka.”

Baik kita PAS atau apapun platform kita,fikrah ISLAMI ini harus kita gunapakai demi perjuangan suci ALLAH ini. Kemenangan PAS di selangor ini bukan milik PAS tapi milik Islam. Mungkin ramai pemuda PAS leka dengan jiwa-jiwa merdeka parti kawan kerana mereka berbicara soalan keadilan,soal kemerdekaan tapi mereka tidak pernah ber-ajar tentang ISLAM. Mereka cantik di luar tapi seakan sampah di dalam. Mereka menentang musuh tapi mereka sekaan perangai musuh. Ini harus kita dalam PAS berhati-hati.

Tuduhan dari umum bahawa ahli PAS seakan sama dengan sang kawan adalah tuduhan yang mungkin benar kerana perangai kita macam mana pun akan berkias-kias dengan jebak kawan.

Langkah politik berserta agama adalah langkah yang sukar kerana politik kita mungkin silap langkah akan bercampur dengan politik kafir zion ,tapi jika awalan dan pertengahan kita berserta doa munajat serta istiqomah dengan islam maka inyaAllah PAS akan maju kehadapan.

Dulu , kita menitis air mata dan berpeluk sesama kita kerana perit juang kita untuk menang tapi hari ini ada di kalangan kita merah mata kerana berdengki hasil kemenangan hari ini. Kita harus kembali dan melihat kembali jejak kesan air mata ustaz fadhil M nor, Dr Zukifli ,Prof Burhanudin Helmi ,Tuan Guru Nik Aziz dan pejuang-pejuang lama.

Kita berpecah kemarin kerana istidraj -umpan yang di lempar oleh Allah untuk menguji kita . Tapi ujian itu bukan untuk melemahkan kita,semakin kita jatuh semakin kuat kita kerana ISLAM itu adalah unsur dan vitamin dari Allah pada yang membela ISLAM.

Saya teringat satu hadith tentnag arak

“Arak itu bukan obat, tetapi penyakit.” (Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi)

InsyaAllah kita berusah untuk bersatu dalam jiwa-jiwa Islami. Kecantikan Islam itu akan nampak apabila kunci keikhalasan bertapak di dalam hati-hati pejuang.

Sabda Nabi SAW;

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksudnya
Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ditukar dengan tangannya. Jika dia tidak mampu, maka hendaklah dengan lidahnya. Jika dia tidak mampu, maka dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman” (Sahih Muslim : 70)

Dalam mensyarah hadis ini, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Qadi Iyadh dengan katanya;

هَذَا الْحَدِيث أَصْل فِي صِفَة التَّغْيِير فَحَقُّ الْمُغَيِّر أَنْ يُغَيِّرهُ بِكُلِّ وَجْه أَمْكَنَهُ زَوَاله بِهِ قَوْلًا كَانَ أَوْ فِعْلًا

Maksudnya

Hadis ini adalah asal (dalil) pada sifat mengubah (dari mungkar kepada ma’ruf). Hak (wajib) kepada pengubah bahawa mengubahnya (maksiat) itu berdasarkan kepada kemampuannya yang dia mampu sehinggakan maksiat tersebut terhapus, samada dengan perkataan atau dengan perbuatan”(syarh An-Nawawi ‘Ala Sahih Muslim: 1/131)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: