Demostrasi Mansuh ISA : Undang-undang memperkudakan rakyat

*Tahniah secara peribadi dan doa berterusan supaya Allah membela kita dari kejahatan pihak mustakbirin . kepada Sahabat-sahabat PEMUDA PAS SEKSYEN 8 termasuh akhy Rosli kerana di tahan dan di bawa ke balai Polis Cheras. InsyaAllah.

Apabila Datuk Seri Hisyamudin mengarahkan tindakan tegas akan di lakukan oleh pihak oleh kepada rakyat yang menyertai demostrasi bantah ISA adalah satu lagi rekod merah yang harus di tulis dalam buku kemajuan kerajaan yang memerintah.

Baik buruk pemerintah bergantung terus pada tangan-tangan rakyat. Jika tangan itu di gari dan jika tubuh si pengundi itu di simbah air gatal,asap pemedih mata dan tindakan kasar pihak polis hasil arahan si menteri maka kita lihatlah pilihanraya kecil atau besar nanti. Rakyat harus gunakan akal bukan gunakan nafsu.isa

Pemerintah berhujah berdasarkan undang-undang,tapi undang-undang negara boleh di guna bila perlu dan di tolak buku undang-undang itu jika di fikirkan memberi kesan buruk pada parti yang memerintah.

Baki lagi, rakyat harus menilai sedalam-dalamnya kemana negara ini hendak di acukan. Sama ada acuan itu ke arah negara dunia ketiga atau ke arah negara yang di bina asas dari kebebasan,ketamadunan dan keilmuan. Jika 20 tahun ke belakang ,kerajaan pemerintah boleh mainkan isu tertentu dan mengkiblatkan rakyat dengan media masa mereka, bersabda dengan kata-kata pak menteri sehingga rakyat gila-gila percayakan UMNO dan BN .

Umpama nya tanpa UMNO dan BN negara akan kempis sehingga di jual di pasar antarabangsa. Benarkah? Hari ini isu bermodalkan air liur sudah keruh dan di jelir oleh anak-anak kecil malahan anak-anak besar juga. Taraf ilmu rakyat hari ini sudah jauh tinggi mungkin lebih hebat dari kepala otak pemimpin-peminpin yang menerajui putrajaya. Soal undang-undang sudah menjadi ilmu kedua kepada anak-anak muda yang bergelar jurutera dan ilmu agama sudah menjadi ilmu sebati dengan rakyat yang mendokong undang-undang.

Sukar di tipu lagi,mungkin pilihanraya besar kelak kerajaan BN akan benar-benar lenyap dari bumi tuhan ini dan mungkin ia akan di bawa ke musium negara untuk santapan dan kejian anak cucu di masa depan.

Saya tidak berpihak pada mana-mana pihak,teguran ini harus di hala kepada pemerintah pusat atau pemerintah dari pakatan rakyat. Kita mahukan negara yang hebat dengan kemajuan ilmu yang bergantung pada minda rakyat negara ini sendiri.

Baik 1 malaysia ,Islam Hadhari atau Negara madani itu semau hanya slogan tapi penerapan dengan didikan halus harus di tuju dari sekarang. Kita mahukan udara berakah dari Allah tuan empunya Alam jika kemurkaan balasnya maka kenapa perlu kita tegakkan tubuh badan pemimpin negara? Sedangkan dia besar kepada sehingga makan bersudukan emas dan tidur berempukan bulu kapas yang mahal.

Mungkin rakyat harus menjadi seperti rakyat cina di masa lampau. Raja akan di jatuhkan jika bencana alam datang semasa pemerintahannya ,tapi bebeda bencana di masa dulu dan sekarang. Mungkin bencana alam itu kita tukar kepada bentuk bencana ekonomi,jenayah mahupun ketidakadilan pemerintah kepada rakyat.

Baik parti apa pun,saya kurang sedap hati dengan cara politik kita. Mungkin inginkan pemerintah seperti Umar Abd Aziz. Pemerintah yang menyatakan dialah qadim kepada rakyat. Tapi adakah ada pemimpin seperti itu?

Secara terang,saya menyatakan tidak ada atau pun kurang ada. Jika dalam Pakatan Rakyat baik PAS,PKR mungkin ada tapi masih ramai yang berfikrah UMNO dan BN. Pemimpin yang bongkak masih ramai tapi pemimpin yang kenal peluh busuk masih tidak ada.

Mungkin pembaharuan itu perlu,dan rakyat harus berana menghambakan pemimpin. Kenapa perlu kita takut pada mereka? Mereka itu dipilih hasil dari tangan-tangan berkurap ini tapi mereka muliakan kita sewaktu mengundi tapi tidak sewaktu menang.

InsyaAllah kita inginkan pemimpin yang berfikrah islami. Tapi bukan saja platform yang islami,adil pendokong bagi platform itu juga harus begitu. Ya,memang ramai yang mengikut jalan islam tapi masih bersaki lagi . Mungkin tarbiah yang berterusan harus kita amalkan dan rakyat harus beristiqaroh setiap kali pilih pemimpin.

Kita inginkan pemimpin yang bukan bawa kita pada tiket kebebasan di dunia tapi di akhirat Allah kelak. Maka baik pemimpin itu siapa,harus lupakan kasut dan payung bila berjumpa rakyat. Jangan banggakan diri dengan berbaju batik mahal sedangkan rakyat bawah memakai baju pagoda koyak,berkasutkan pusaka dan rambut berminyakan minyak masak.

Pemimpin harus menangis bersama rakyat,bukan menangis di hadapan media tapi menangis di sebalik manusia dan bersaksikan Allah.

InsyaAllah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: