Minyak kelantan : Politik loba UMNO

Patutlah UMNO beria-ia merampas kelantan dari tangan tangan parti oposisi negara kerana kelantan adanya minyak. Kita rakyat kelantan telah lama mengetahui hal ini tapi rentak UMNO seakan menafikan hak dan kebenaran.

Jika royalti minyak terengganu di sekat oleh pemerintah pusat semasa PAS mentadbir negeri itu maka tidak pelik kelantan tidak akan menerima royalti minyak selama mungkin selagi UMNO dan BN berkuasa di putrajaya.

Mungkin bukti apa lagi yang perlu UMNO nafikan? Rakyat tidak pernah pekak dan bahlol dalam isu-isu tertentu kerana tidak kurang juga ramai anak kelantan bekerja di petronas dan apabila si politik berbicara akan penipuan maka ia jelas menjejaskan repotasi mereka sendiri.

Apa sebab dan asalan sekalipun kerajaan pusat perlu bertindak wajar kerana di sebalik royalti minyak ,pusat dalam masa yang sama akan terus maju jika kelantan maju. Kelantan sekian lama hidup miskin dan lembab pembangunan ekonomi nya terutama dalam perkilangan . Tidak wajar di salahkan rakyat memilih siapa kerana itu hak dan kuasa megundi. Selaku federal hak dan keadilan harus berlegar di kepala-kepala pemerintah.

Kerana sebab inilah kerajaan pusat terutama BN dan UMNo di tolak mentah oleh orang kelantan . Jika isu minyak ini mungkin sukar di fahami oleh tok wan-tok wan di kampung tapi isu kecil seperti subsidi baja juga di manipulasi oleh UMNO kelantan. Pembahagian tidak sekata sehingga kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan bajet baru semata-mata untuk baja pada petani .

Soal perbezaan politik tidak wajar di jadikan perselisihan kerana kerjaaan kelantan secara umum di pernah mengetepikan orang UMNO dalam pembahagiaan hak. Khiarat kematian,wang express pada rakyat yang mengalami musibah dan banyak lagi jelas di gunapakai secara adil oleh pemerintah negeri.

Saya bukan berpihak pada kerajaan Negeri tapi hak rakyat dan cara berpolitik harus di profesionalkan. Kita wajar melangkah ke era minda terbuka,jika US mampu di tadbir oleh 2parti berbeza maka kenapa di malaysia parti yang berbeza idealogi menjadi halangan untuk rakyat merasa senang?

Jika UMNO masih bongkak dalam mengendalikan jentera kerjaan maka wajarlah PRU14 ini UMNO dan BN di guling lumat. Mereka tidak pernah belajar dari kesilapan .

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: