Rasuah adalah pahala di malaysia

Dalam bahasa arab perkataan rasuah di panggil al-risywah .  Apapun panggilan nya rasuah itu adalah jalan yang paling buruk dalam setiap perbuatan-perbuatan manusia.

Islam melarang perbuatan rasuah sama ada ia kecil atau besar dan ia tidak langsung di halal kan ke atas manusia yang berpangkat atau manusia tidak berpangkat.

Malaysia hari ini seakan mengajar satu bab baru dalam juzud-juzud rasuah negara. Jika penguatkuasa mengamalkan rasis dalam soal siasatan maka ini menunjukan bahawa bab bangsa akan di halalkan untuk rasuah dan bangsa sebaliknya di persalahkan. Ini petunjuk bahawa jalan hina yang di cipta oleh manusia sendiri.

Soal rasuah sudah menjadi barang biasa dalam negara,UMNO dan BN sudah lama mengajar soal rasuah secara tak langsung kepada rakyat. Pabila tiba waktu pilihanraya contohnya maka pelbagai agenda rasuah di persiapkan dan jelas amalan rasuah di jadikan modal bapak-bapak pemerintah untuk mencapai kemenangan. Inilah amalan “menghalalkan cara” .

Ingat kan soal amanah,Nabi saw pernah bersabda

Sekiranya bulan diletakkan di tangan kananku dan matahari di tangan kiriku nescaya aku tidak akan sekali-kali meninggalkan tugas menyebarkan Islam ini

Tidak ada maruah sedikit pun umat islam moden hari ini . Mereka jelas menghina maruah mereka sebagai khalifah. Nabi sudah lama mengajar kita soal beramanah terutama kita sebagai pendokong ISLAM harus beristiqomah.

Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) ” (Riwayat Abu Daud,  hadis no 2943)

hari ini rakyat berjaya melahirkan pemimpin yang mem-pahalakan rasuah. Hasil dari proses undi dan pilihanraya , rakyat jelas memberi mandat kepada pemimpin yang membawa agenda rahsia pada rasuah negara.

Mungkin ini satu petanda bahawa malaysia akan lenyap dari segi ketamadunan dan runtuhnya moral negara jika amalan korup ini sentiasa di bela.

Rakyat harus merenung nasib anak cucu di masa depan,mungkin hari ini kita selesa tapi keselesaan kita hari ini akan di hina dan di caci oleh cucu cicit kita kerana membiarkan mereka hidup dalam negara yang rosak .

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: