Melahir remaja islami di celah gelombang mungkar

Apabila saya mendengar idea fellow di jabatan islam, universiti oxford dalam rancangan temubual di kaca tv, maka terdetik saya untuk menulis tentang remaja moden hari ini dan keberkesanan dakwah. Mungkin ya kita sekarang tidak lagi boleh mendidik remaja untuk berserban dan memakai jubah tapi ada kaedah lain untuk menarik remaja ke arah jiwa islami.

Mungkin orang menilai bahawa membawa arus pragmatik itu cukup bahaya tapi insyaAllah bak kata allahyarham Utz Fadhil M Nor Mantan president PAS di mana allahyarham pernah berkata biar kita nampak prakmatik tapi kita menerapkan unsur islam dan mengagungkan dustur Allah.

2299663577_ce250540da_o

Cukup sukar untuk membuka minda seseorang yang telah di latih sejak kecil bahawa islam itu bentuk nya di kupiah atau songkok dan yang tidak berpakaian seperti itu adalah sekular atau jauh dari fikrah islam. Itu realiti dari pemerhatian saya dan rakan-rakan pada kelompok jemaah islam baik di universiti atau di peringkat luar kampus. Tapi ia tidaklah kesemua kerana ada jamaah seperti beberapa NGO-NGO islam sentiasa profesional mungkin kerana NGO tersebut terdiri dari kalangan golongan profesional.

Jika di perhatikan kenapa umat Islam di eropah dari hari-ke hari orang yang memeluk islam semakin bertambah. Kenapa? kita cuba perhatikan,cat stevent atau yusuf Islam mampu mengislamkan beribu-ribu orang dalam satu konsert beliau. Kenapa? mungkin jawapan saya kerana ketebukaan nya . Islam tidak pernah sempit atau jumud,hanya yang membawa nya akan membawa arah keatas  islam itu sama ada  cantik atau sebaliknya pembawakan beliau.

Mungkin orang melayu perlu banyak membaca blog-blog dan artikel dari penulis eropah termasuk orang islam yang banyak membawa satu konsep yang  berbeza tapi ia cukup cantik dalam siri dakwah. Dakwah kita mungkin tidak berapa sesuai dengan remaja yang di bentuk dari media tempatan ala-ala barat.

Media cukup hebat keberkesanan nya dalam meracuni jiwa remaja. Ada rakan-rakan saya tidak pernah tinggalkan surau dan masjid tapi dalam masa yang sama boleh dan sanggup mengadap kaca tv untuk melihat rancangan hiburan dan nyayian yang sudah tentu jelas membuka aurat dan menganjurkan kelailaian. Itu sebab minda remaja yang mengikut lebih bahaya dari minda yang melawan arus. soldiears-of-Allah

Minda orang kita terlalu berkisar pada ikutan dari mengkaji,jika mak ayah seorang yang anti pada parti tertentu atau kelompok tertentu maka anak-anak akan mengikut idealogi mak ayah mereka. Anak orang melayu tidak pernah pandai kontra kerana mereka di asuh dari kecil supaya mengikut adab resam dari mengkaji dan memberi kebebasan . Bebas bukan bererti jauh dari agama tapi bebas bererti membawa jiwa kearah kemerdekaan dan kecerdikan.

Tidak perlu gusar untuk mengkaji terutama soal agama kerana tidak ada agama yang terbaik di alam ini kecuali ISLAM kerana banyak mana agama yang di kaji barat mereka tetap menemui Islam akhirnya. Prof Reanan Deopon pemenang hadiah nobel dalam bidang Sains juga menulis buku “so human an animals” menyatakan agama yang menjadi tunjang kepada moral sesebuah tamadun dan islam adalah terasnya!

Kita perlu berubah,jika dakwah kita hari ini sukar di terima maka kita perlu belajar tentang kelainan. Kelainan bukan bererti mengubah cara dakwah rasullulah tapi melilhat dari perspektif baru. Remaja hari ini lahir dari gelombang maksiat ,di kiri dan kanan maka para daie perlu cerah mata dalam membawa remaja ini kearah jalan islam. Kita perlu mengkaji,bagaimana cara nya untuk memperindahkan ISLAM di kaca mata mereka. Tapi dalam mengejar langkah baru kita sebagai daie perlu tegas dengan ilmu,dan islam tidak harus di rombak kerana kecantikan dan kesempurnaan islam itu telah ada dan lengkap.

Buka minda untuk menerima perubahan baru!

Jalan berbeza bukan bermakna berlainan fikrah!

insyaAllah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: