Mansuh ISA : Buktikan kita rakyat minda kelas pertama

1 Ogos ini penentu sama ada himpunan ini berjaya atau sebaliknya!

Kebangkitan rakyat semakin

Rakyat perlu berani kerana kebenaran...hari ini kita di tendang untuk keadilan anak cucu esok hari

Rakyat perlu berani kerana kebenaran...hari ini kita di tendang untuk keadilan anak cucu esok hari

hari semakin matang dan meledak terutama di lembah klang menjadikan himpunan ini amat bersesuaian dengan masa dan tempat.

Walaupun ura-ura Ibrahim Ali akan membuat himpunan pada tarikh sama untuk menyatakan sokongan beliau pada ISA . Mungkin ini antara taktik nya untuk membodek pucuk pimpinan Barisan Nasional. Berjaya atau tidak terpulang pada rakyat menentukan arah pemikiran dan tamadun kita sendiri.

Jika rakyat peka pada isu keadilan maka turunlah ke perhimpunan bantah ISA. Siapa lagi untuk menyelamatkan negara dan ketidak adilan si pemerintah selain dari rakyat. Ketidak adilan ini semakin hari semakin terbuka pekung kejahatan pemerintah kerana tuhan  tidak akan membiarkan si zalim bertahta lama di atas muka bumi nya. InsyaAllah.

Belajar dari sejarah,si Qarun memiliki harta bertan-tan sehingga anak kunci harta nya perlu di muatkan di atas beribu-ribu ekor unta dan kerana kerakusan nya pada Allah maka tenggelamlah ke-egoan nya bersama harta-harta nya. Ingatlah,harta itu milik Allah maka perlu kita berhati-hati kerana Allah memiliki kekuasaan di atas setiap kuasa .

Percayalah,kisah qarun akan berkisar sama dengan pemimpin UMNO. Jika hari ini kebangkitan rakyat merebak dan akan menumbangkan pemerintahan UMNO ,maka percayalah mereka akan lari lingtang pukang ke luar negara kerana undang-undang dan kuasa mereka adalah kuasa rimba. Manusia hari ini semakin terbuka minda dan semakin celik pada undang-undang.

Jika pemimpin melayu ISLAM benar-benar faham akan ajaran ISLAM maka perlu mereka kembali kepada ISLAM kerana ISLAM tidak pernah mengajar untuk bersikap tidak adil pada sesiapa malahan pada binatang dan jua pada orang bukan ISLAM  selagi ia tidak mengancam ISLAM.

Ingatlah,langit Allah sentiasa terbuka untuk manusia bertaubat. Percayalah,UMNO akan lenyap di atas muka bumi malaysia ini kerana UMNO tidak pernah kenal erti kekalahan . Kalah erti hina bagi UMNO sedangkan UMNO tidak lagi wajar menjadi parti utama kerana korupsi dalaman nya semakin teruk.

Jika himpunan mansuh ISA ini berjaya,maka saya mengucapkan tahniah pada rakyat kerana berjaya membuka minda . Minda rakyat yang peka pada perubahan dan sayangkan negara. Sayangkan negara bukan perlu kibarkan bendera di atas kereta dan memakai baju jalur gemilang tapi sayangkan negara perlu menyelamatkan negara dari si korupsi . Negara ini akan lenyap jika pemerintah dan undang-undang rimba ini berjalan.

Ingat,satu malaysia hanya ilusi yang di mainkan oleh pemerintah tapi 1malaysia tidak akan berjaya jika undang-undang yang memisahakan kaum dan kedudukan masih di amalakan.

SELAMAT MANSUHKAN ISA.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: