Antara politik dan kesilapan nya!

Menurut tulisan Prof Dr Abdul Rahman Al Bagdadi, sejarah silam menunjukkan Nabi Muhammad memulakan dakwah dengan awalan menubuh hisbullah iaitu parti Allah swt. Jika di kaji susur perjalanan ISLAM,Nabi Muhammad telah lama mengatur langkah ISLAM dalam POlitik kerana politik itu di takfsir secara mudah ialah kuasa atau power.

Politik hari ini telah berpecah kepada dua erti dan fahaman . Satu fahaman para orientalis barat dan kedua fahaman ahli sejarahwan ISLAM dan cendiakawan ISLAM. Politik menurut barat boleh dikatakan suatu perkara yang kotor dan tanpa agama. Tapi ahli islami mengambil politik dari sudut berbeza dari pandangan ahli sekular. Politik dari pandangan islam ialah satu cabang dari cabang-cabang ISLAM kerana furu-furu itu perlu di cantumkan kerana tanpa cabang pokok islam tidak akan kuat di atas. Islam harus kuat di atas dan di bawah kerana ciptaan agama langit ini cukup lengkap dari Allah . Bukan ciptaan manusia atau ciptaan batu bata atau bukit bukau.

Kesilapan politik hari ini hasil mainan barat dan yahudi yang meniup racun-racun kedalam jiwa orang-orang ISLAM. Kitab-kitab karangan ahli Islami di Iraq ,Iran dan di mekah menjadi bahan gula-gula oleh orang ISLAM. Hanya kunyah di mulut tapi tidak bisa hadam di dalam perut pedal. Kitab ahli Islami menjadi rujukan kukuh oleh ahli cendiakawan barat sehingga mereka menemui keindahan ilmu islam. Cantik nya ISLAM.

Politik moden hari ini di campur dengan campuran ras-bangsa sehingga manusia lebih cintakan bangsa dari agama. Agama tidak harus berserta dengan agama kerana perjuangan ras boleh mengakibatkan agama menjadi alat untuk ras-bangsa. Politik itu perlukan agama kerana siayasi atau siasah adalah salah satu furu iaitu cabang dalam cabang-cabang islam. Sebaliknya ras adalah punca manusia menghina dan merendah-rendahkan diri manusia lain.

Islam wajar di jadikan punca pertemuan antara tali perpecahan. Yang tidak berjuang atas dasar Islam harus menilai kembali dan wajar mengambil jalan baru untuk bersama dengan ISLAM.

InsyaAllah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: