“Ketika saya dalam perbicaraan, wang dikumpul untuk membayarnya tetapi beliau tidak ambil. Katanya, khidmat guaman bagi pertahankan saya adalah sumbangan kecil,” _ Ds Anwar Ibrahim
Saya kenal Karpal Singh sebagai seorang yang mendokong kuat Perlembagaan Malaysia dan saya yakin beliau akan terus dikenali begitu di dalam sejarah politik tanah air. Di negara ini, jika semua pihak menghormati prinsip yang terkandung di dalam Perlembagaan, Kelantan pastinya tidak akan ditindas dengan pelbagai jenis penindasan. _ Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Ketika kami berkongsi bilik dalam Kem Tahanan Kamunting pada tahun 1987-88, sewaktu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan ketika melawat saya di Penjara Kajang yang suram pada 1998-99 ekoran hukuman di bawah Akta Hasutan, Karpal berpesan kepada saya tentang kepentingan membezakan antara golongan yang benar-benar yakin dengan perjuangan dan golongan yang tidak ikhlas. Golongan yang benar-benar yakin dengan perjuangan akan mempasakkan keyakinan di atas asas “benar” dan “salah”. Golongan ini tidak mungkin dapat dipesongkan dan akan terus melawan walaupun sudah tiada harapan – kerana bagi mereka perlawanan itu adalah satu kewajipan. Mereka meneruskan perjuangan kerana, sebagai manusia, mereka tiada pilihan lain selain melaksanakannya. Tiada makna untuk hidup sambil membiarkan ketidakadilan dan kerosakan berlaku. _Sdr Lim Guan Eng

 

YB Karpal adalah seorang peguam yang terkenal dengan kelantangan. Karpal lantang membantah penubuhan undang-undang yang tidak adil, di dalam dan di luar Parlimen. Beliau juga menentang dasar-dasar yang mendiskriminasi rakyat bawahan serta minoriti yang mengamalkan kronisme dan ektrimis agama atau kaum. Beliau mengecam penyalahgunaan undang-undang yang menutup kebebasan bersuara, aktivis dan pemimpin pembangkang. _ Dr Francis Loh Kok Wah,St Xavier’s Institution

Leave a comment

Welcome To My WebBlog

Melihat,Memikir dan Menulis

Let’s connect